|

SYARAT-SYARAT
KELULUSAN
JANKUASA
(GENERATOR SET)
DIBAWAH PERATURAN-PERATURAN KUALITI ALAM SEKELILING
(UDARA BERSIH) 1978
1.
Syarat-syarat yang terkandung dalam surat ini ialah arahan yang
dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Alam Sekitar di bawah Seksysn 31
Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974,bagi mencegah dan mengawal punca-punca
yang ada petensi memberi pencemaran alam sekitar.
2.
Kemudahan-kemudahan yang didirikan hendaklah mengikut lukisan atau
pelan yang telah diluluskan. Kelulusan ini diberi dengan syarat
ianya boleh ditarik balik atau dibatalkan jikalau didapati kerja-kerja
yang dijalankan tidak mematuhi kepada lukisan-lukisan atau pelan-pelan
yang telah diluluskan dan tindakan undang-undang akan diambil kerana
tidak mematuhi arahan Ketua Pengarah Alam Sekitar.
3.
Sesudah tamat pembinaan kemudahan-kemudahan, pihak pemohon dikehendaki
mengemukakan kepada Jabatan alam sekitar Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur ukuran paras bunyi mengikut ISO dalam tempoh tiga (3) bualn
selepas siap permasangan.
4.
Pintu rumah janakuasa hendaklah ditutup semasa janakuasa beroperasi.
5.
Pemasangan ekzos hendaklah dihala jauh dari bangunan yang terdekat
sekali dan takat perlepasan ekzos mestilah dipasang tiga (3) meter
daripada paras lantai rumah janakuasa.
6.
Paras kepekatan asap hitam dari ekzos mestilah tidak melebihi No.
1 dalam carta Ringelmann.
7.
Paras perlepasan habuk dari ekzos mestilah tidak melebihi 0.4gm/Nm3
pada setiap masa.
8.
Penggunaan sebarang transformer yang mengunakan bendalir PCB (Polychlorinated
Biphenyl) adalah dilarang sama sekali.
9.
Kerja-kerja test run hendaklah dilakukan diwaktu-waktu yang tidak
mengganggu orang ramai.
10.
Mematuhi arahan Jabatan ini dari masa kesemasa dan tidak melanggar
mana-mana peraturan-peraturan di bawah Akta Kualiti Alam Sekitar
1974.
|