|

AP/3/82
GARIS
PANDUAN BAGI MEMOHON KEBENARAN MEMASANG JANAKUASA
1.
Pendahuluan
Janakuasa
telah dikenali sebagai satu punca menimbulken .pencemaran asap,
bau busuk dan bunyi bising. Permohonan yang dibuat mengikut Seksyen
36, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Bekeliling (Udara Bersih)
1978 hendaklah mematuhi garis panduan ini bagi mengurangkan kesan-
kesan pencemaran seperti yang disebutkan.
2.
Penempatan Janakuasa
Si-
Pemohon diberi peringatan bagi menentukan bahawa janakuasa ini
ditempatkan jauh daxipada rumah-rumah atau tempat-tempat di mana
operasi janakuasa ini boleh menyebabkan ganguan kepada aktiviti-aktiviti
yang dijalankan di tempat itu. Dengan kajian dan pertimbangan
yang teliti biasanya tempat yang lebih sesuai boleh didapati.
Si Pemohon di kehendaki menyediakan satu lukisan menunjukkan jenis
kegunaan tanah sekeliling tapak seperti disebutikan dalam perkara
(ii) Borang Permohonan AP/E/3P/82. Lukisan ini hendaklah ditunjukkan
dengan terang lokasi janakuasa ini serta jiran-jiran yang ada.
3.
‘Noise Rating' Enjin Janakuasa
Si
Pemohon dinasihatkan supaya, menentukan bahawa janakuasa yang
dibeli itu mempunyai carta/sijil yang dikeluarkan oleh pembuat
menunjukkan pengeluaran bunyi daripada enjin ini. Jabatan Alam
Sekitar memerlukan carta/sijil ini bagi kiraan terhadap paras
bunyi bising yang akan timbul. Carta/sijil ini juga dikehendaki
bagi mereka rumah-rumah janakuasa dan penyenyap.
4.
Si Pemohon hendaklah menyebut masa operasi janakuasa ini sama ada
bagi ‘standby' atau berjalan terus menerus seperti dalam perkara
(vi).
5.
Langkah-Langkah Bagi Mencegah Bunyi Bising
Matlamat
Sekyen ini adalah bagi mengurangkan bunyi bising ke paras lebih
kurang 55 dBA apabila paras bunyi itu disukat di sempadan rumah
janakuasa. Si Pemohon dikehendaki memberi perhatian yang berat
terhadap masalah ini seperti diterangkan dalam perkara (vii).
Jabatan Alam Sekitar memerlukan behawa segala langkah-langkah
diambil bagi mencegah pelepasen bunyi bising terhadap:-
(a)
Rumah janakuasa
(b)
Pintu masuk
(c)
'Cooling Air Inlet and Outlet Attenuators'
(d) Penyenyap Pertama
(e) Penyenyap Kedua
Rumah
janakuasa patut direka sebagai 'acoustic enclosure'. Pintu masuk
yang dikehendaki adalah jenis 'sound resistant'. Bagi aliran udara
menyejukkan enjin, 'inlet/outlet attenuator' atau 'acoustic louvres'
yang sesuai hendaklah di-sediakan.
Penyenyap
pertama adalah biasanya jenis reactive dan kedua jenis 'absorptive'
di mana pembuat enjin telah menentukan kesannya selaras dengan
spectrum operasi enjin. Sila rujukan Lampiran 1. Si Pemohon dikehendaki
menyediakan lukisan dan dokumen-dokumen seperti dikehendaki dalam
perkara (vii) dalam permohonannya bagi kelulusan Jabatan Alam
Sekitar.
Biasanya
bagi operasi bukan ‘standby', atau di kawasan sensitif seperti
berhampiran dengan klinik, hospital, sekolah rumah orang-orang
tua dan lain-lain, keperluan di atas tidak akan dilonggarkan.
5.1
Dalam keadaan dimana janakuasa adalah di pasang untuk ‘standby'
sahaja dan tidak ditempatkan di tempat sensitif maka permohonan
yang disokong dengan dokumen bukti, pertimbangan kelonggaran bagi
mematuhi kehendak terhadap:-
(a)
Rumak janakuasa
(b) Pintu masuk
(c) ‘Cooling Air Inlet and Outlet Attenuators'
(d)
Penyenyap Kedua
mungkin
diberi.
6.
Mendapat Penyenyap Yang ‘Compatible' Dengan
Engin.
Si
Pemohon hendaklah menetukan bahawa penenyap yang diperolehi adalah
jenis yang diperakukan oleh Si Pembekal atau pembuat enjin supaya
penyenyap ini ‘compatible dengan enjin yang dibeli dan benar-benar
mengurangkan bunyi bising yang berpunca daripada enjin.
7.
Penyenyap
Kedua-dua
penyenyap henndaklah dipasang didalam rumah janakuasa. Sekiranya
penyenyap dipasang di luar rumah, maka ia hendaklah dipasang dalam
cerobong batu-bata.
8.
Takat Perlepasan Ekzos
Dalam
rekaan dan orientasi ekzosjanakuasa ini, perhatian hendaklah diberi
supaya takat perlepasan ekzos itu mempunyai tinggi yang cukup
dan arah perlrpasannya dijauhkan daripada rumah atau bangunan
berhampiran. Biasanya takat perlepasan ekzos patut mempunyai sekurang-kurangnya
2 meter atas bumbung-bumbung berhampiran.
9.
Si Pemohon diberi peringatan bahwa borang-borang dan dukumen/lukisan
yang diperlukan dan disebutkan didalam Borang AP/E/3P/82 hendaklah
disampaikan dengan lengkap bagi mengelakkan kelewatan memproses/mendapat
kelulusan. Tiap-tiap lukisan hendaklah diberi tajuk dan bilangan.
Dikeluarkan
Oleh :-
Jabatan
Alam Sekitar,
Tingkat
13, Wisma Sime Darby,
Jalan Raja Laut,
50662 Kuala Lumpur.
Tel
: 03-2938955
|